Saturday, May 14, 2011

Haihhhh....

 MENGAPA PERLU BEGITU?
Asssalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia.

Jampuk kesiangan aku melihat telatah bangsaku ini.

"Wah! kereta besar...Ibu, mr.X nie keja apa ibu? Mewah dia sekarang nie?",soal ku pada ibuku. "Entahlah,tak ditanya pula ibu tentang hal itu,malas ibu nak jaga tepi kain orang",jawab ibuku.
Kebesokan harinya kawan karib tak seberapa karibku yang tinggal berdekatan dengan rumah ku menyapa ku. 'Hoi! Hidup lagi hang! Ingatkan dah kiok(meninggal dunia) kat Johor tu! Hahaha!'. Tidak pernah ku kecil hati dengan sikapnya itu, kerna telah ku terbiasa dengan jenis remaja yang salah asuhan sepertinya ini. 'Assalamualaikum, syed (bukan nama sebenar) lama tak jumpak,hang buat pa la ni?',ku membalas sapaannya. Maka berborak panjanglah kami memaki hamun menghilangkan rindu diantara satu sama lain.
Diantara pengisian dalam perborakan kami terselitlah al-kisah berkaitan dengan si mr. X ini. Difahamkan si mr.X yang sebangsa dengan ku ini baru naik pangkat pada bulan lepas yang tak seberapa tinggi, lagi tidak gayat didaki. Peragaannya bukan main mewah jika dinilai, kereta besar,isteri besar tetapi sayangnya bukanlah cara pembayarannya  untuk memiliki kesemua itu melalui tunai,tetapi sebaliknya. Bukanlah niat dihati ingin mendengki jauh sekali menghina,tetapi tidakkah ianya terlalu terburu-buru untuk terus menggunakan duit tersebut kejalan serupa begitu diperingkat awal ini. Sepatutnya 'pelan-pelan la kayuh'. Sikapnya juga sudah mula berubah,daripada yang dulunya ku kenal seorang manusia yang rendah hati kepada yang hidung tinggi. Wah! sungguh pantas engkau berubah.

Ku rasakan beginilah kebiasaan sikap bangsaku,baharu naik sikit sudah lupa daratan. Janganlah pula tersalah mengerti,andaian ini bukan ku  cipta hanya selepas satu dua cerita yang telah ditonton oleh mata ku ini, malah telah melebihi dari bilangan itu. Tetapi kupercaya dan yakin bukanlah kesemuanya begitu. Namun,bukankah telah disebut di dalam peribahasa melayu,kerana nila setitik,habis rosak susu sebelanga. Walang hati, sikap ini makin menjadi-jadi dan menular dikalangan bangsaku. Cubalah dipelajari dari bangsa yang putih ini,walaupun sudah kaya tetapi tidaklah suka menunjuk-nunjuk dari segi luarannya. Bukankah Islam juga telah mengajar pengikutnya agar hidup dalam keadaan bersederhana,tetapi tidak pula membawa maksud agar turut hanya mengecapi kejayaan di tampok yang sederhana sahaja. Ini kerana kulihat ramai sudah anak muda bangsaku kurang berkeyakinan atau hanya ambil sambil lewa sahaja untuk mencuba dan berusaha memegang jawatan yang tinggi di hari muka kelak.

Boleh juga rasa dihati jika ku kaitkan sikap ini dengan sikap pemimpin pada masa kini. Sudah naik pangkat atau berjawatan, terus meninggi diri,padahal sebelum ini pabila berada di bawah amatlah baik budi pekertinya. Janganlah engkau lupa daratan sekiranya engkau telah mencapai pangkat yang tinggi. Sedarlah,dirimu naik kerana orang yang dibawahmu,dan dirimu boleh tersungkur juga kerana orang dibawahmu. Setinggi-tinggi darjatmu pasti ada yang lebih tinggi darjatnya daripadamu. Yakinlah kedudukan yang Maha berkuasa pasti tiada jua dapat ditandingi. Tiada yang dibawah tiadalah jua yang diatas. Bukankah pada masa dahulu dirimu juga pernah berada di takok bawah? Fahamilah perasaan orang yang dibawahmu. Bertanggungjawablah memimpin orang dibawahmu dengan adil dan saksama dan yang patut diutamakan, tidak jauh dari syariat Allah,kejalan Allah jualah engkau menyeru mereka melaluinya. Janganlah engkau hanya akan mula tersedar pabila nasi sudah menjadi bubur kelak, maka tiadalah ertinya ada keatas dirimu.
Renung-renungkanlah wahai empunya berotak geliga.
sekian =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...