Tuesday, May 17, 2011

AIR DALAM TALAM
Asssalamualaikum w.b.t. dan salam 1 Malaysia.

Wahai kalian,

Mengapa harus ada diantara kita bertelagah? Apakah ada manfaatnya jika saling bertelagah diantara satu sama lain? Sedangkan kita adalah sewarganegara,malah lebih menyakitkan hati dan mata yang memandang sekiranya diantaranya sebangsa dan seagama kita sendiri bertelagah. Adakah dengan melakukan sedemikian rupa, ia akan menonjolkan imej negara yang baik dimata dunia,atau ianya sudah menjadi sebuah 'trend' dimasa kini?

Wahai kalian,sedarlah! Yang mana pergaduhan hanya akan memberikan peluang mudah kepada pihak ketiga untuk mengaut keuntungan seperti gergaji dua mata. Lihatlah disekeliling kalian,apakah kesan yang diperolehi selepas berlakunya pertelingkahan didalam sesebuah negara? Negara laknat manakah yang mengaut keuntungan daripada kesilapan yang telah dilakukan oleh rakyat negara yang betelagah tersebut? Apakah kalian masih belum mengerti daripada penipuan disebalik penipuan yang sedang berlaku? Adakah kalian sudah masuk jerat negara yu kia-kia ini? Berpijaklah kalian di atas bumi yang nyata dan duduklah kalian dibawah satu bumbung. Fikir-fikirkanlah wahai kalian,sesungguhnya pertelagahan itu sia-sia!

Ingatlah kalian,negara yang tercinta ini memperolehi kemerdekaannya melalui kesefahaman dan kesepakatan suara diantara rakyat-rakyatnya. Janganlah kalian menjadi anak bangsa yang boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit! Menggadaikan apa yang nenek moyang dahulu kecapi untuk kesenangan keturunanya pada masa akan datang. Ya! kalian! Sedarlah,bahawasanya nenek moyang kita telah berhempas pulas bergangding bahu dan menggadaikan nyawa sendiri demi menggengam sebuah kemerdekaan yang amatlah besar ertinya pada yang pernah merasai keperitan dilayan seperti hamba abdi. Jasa mu tiadalah terbalas... Janganlah kalian berpecah! Tiadalah jua faedahnya jika bertelegah.

Leka dibuai mimpi! Itulah yang dapat digambarkan oleh anak bangsa negara pada hari ini. Benar,telah difahami,telah diteliti,manusia ini mudah lupa,mudah terbuai mimpi pabila sudah berada di landasan kesenangan. Haruslah difahami,pabila sudah berada di tampok kesenangan tidak semestinya tiada kebarangkalian tersungkur semula. Gunakanlah,pertahankanlah dan peliharalah peluang yang sudah sedia ada ini sebaik yang mungkin. Janganlah mudah berpuas hati dengan kejayaan yang kecil,tetapi hiduplah kalian dalam keadaan bersederhana. Janganlah pabila sudah jatuh ditimpa tangga kelak barulah kalian terjaga dari lamunan yang panjang ini. Pertelagahan merugikan kedua-dua pihak,fahamilah ayat yang tersirat...

Pahatkanlah ianya di ingatan kalian,bersatu kita teguh wahai kalian,bercerai kita roboh wahai kalian,dan pabila sudah roboh ianya akan memudahkan anasir luar yang sentiasa menunggu peluang keemasan ini untuk memusnahkan kita lalu mengaut keuntungan daripadanya dengan rakus. Jadilah kalian seperti aur dan tebing,saling bantu membantu diantara satu sama lain agar perpaduan yang telah kita kecapi ini tidak akan sesekali retak dan hancur. Janganlah ada diantara kalian berpuak-puak, berhati busuk dan membenci diantara satu sama lain,nescaya buruklah padahnya di hujung hari kelak. Kekucaran patut dielakkan, renung-renungkanlah kalian.

Wahai kalian,belajarlah kalian dari kesilapan lalu negara dan pengajaran yang boleh diambil daripada punca kejatuhan sesebuah negara itu. Tidak hairan jika pernah melakukan kesilapan tetapi hairanlah jika melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Perlu dimengerti,tiadalah insan yang dicipta oleh-Nya sempurna dari segala sudut diatas muka bumi ini melainkan kekasih-Nya. Namun begitu berusahalah kalian untuk menjadi sempurna,sekurang-kurangnya kalian menghampirinya dibandingkan dengan tiada jualah cuba menggapainya, maka sungguh jauhlah kalian darinya. Pelajarilah sejarah negara ini kerana tiadalah guna mencintainya namun tiadalah tahu walau sejengkal latar belakangnya. Kalian akan mengerti,pergaduhan sesama kalian hanyalah perbuatan yang sia-sia.

Maka tahulah kalian,sesuatu kaum itu tidak akan dapat diselamatkan melainkan kaum itu jualah yang menyelamatkannya. Maka disini,dapatlah disimpulkan bahawa naik jatuhnya sesuatu kumpulan atau golongan itu oleh kerana perbuatan diantara ahli didalam kumpulan itu sendirilah jua puncanya dan bukan kerana anasir luar. Maka janganlah saling menunding jari menyalahkan mana2 pihak,tetapi perbaikilah kelemahan diri sendiri,dan perkukuhkanlah kedudukan kumpulan kalian. Akurlah yang mana, tiada insan yang sempurna dan rapatkanlah hubungan silaturrahim dikalangan kalian. Perkelahian sesama ahli kumpulan boleh menhancurkan kumpulan sendiri,berfikirlah sejenak wahai kalian.

Sudah berbuih kiranya jika mulut berbicara,pertelingkahan tiadalah gunanya. Celikkanlah mata,pandanglah disekeliling,kalian bukanlah lagi dizaman puntung berasap yang mana pergaduhan yang menentukan siapa yang benar siapa yang salah. Siapa yang kuat dia diatas,dialah raja,siapa yang lemah dia dibawah,dialah hamba pada yang diatas. Kalian berada dizaman atom,bukankah manis mata memandang sejuk lagi hati yang menilai sekiranya memilih alternatif rundingan meja bulat dan sebulat suara menggapai satu keputusan yang adil bagi menyelesaikan sebarang ketidak rasa puashatian. Bukan sahaja dapat menjamin keselamatan,malah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara kedua-dua pihak. Yakinlah intipati yang diselitkankan.

Percayalah,amatlah perit untuk menggapai kedamaian,namun lagilah perit untuk mengekalkannya. Yakinlah kalian,tidak senang untuk menjadi senang,dan sesungguhnya senang untuk menjadi tidak senang. Namun begitu,tetaplah jua diingatkan yang mana jika tiada usaha,maka susahlah jua perkara yang susah itu dan sebaliknya. Sabar dan tenanglah jika kalian menghadapi sebarang kegusaran,sesungguhnya ia dapat menjamin hasil yang memuaskan. Tetaplah kalian pertahankan keamanan ini sehingga titisan darah yang terakhir. Amatilah,fahamilah,ingatilah pesanan ini dengan sebaik yang mungkin anak bangsa MALAYSIA.



Sekian.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...